Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur…
Oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan
kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk
mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti?
Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta
mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas bangun sepanjang hari.
Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan
dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan
dijalankan…Aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat
keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi
dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita bangun. Tidur juga menguatkan
minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara
fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan
tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga
kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.
BV Sleep
Mate
No comments:
Post a Comment