Info
penyakit Strok di Selamat Pagi Malaysia, TV1 oleh Doktor dari HKL
katanya...salah satunya berpunca apabila salur darah ateri ke bahagian
otak tersumbat.
Cegah
bersama dengan menjaga pemakanan harian. Alhamdulillah ramai pesakit yg
mengalami mild strok, bell palsy, strok seluruh badan dapat bergerak
semula dgn V3SR & BIO EVER. Bleh la suggestkan kepada
kenalan/saudara yg anda kenal bermasalah dgn penyakit strok. Bersama
kita mencegah.
Buzz untuk info V3SR & Bio Ever @ 013-2597430
Apa itu strok/angin ahmar?
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana
berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah
pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan
bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati
lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara
adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang
merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat
dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan
ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin
Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus
kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke
seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.
Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:
* Umur - peningkatan umur anda, terutama
apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat
strok/angin ahmar lebih tinggi.
* Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
* Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi
jika terdapat ahli keluarga yang menghidap strok/angin ahmar atau angin
ahmar ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
Faktor risiko untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:
* Tekanan Darah Tinggi
* Kencing manis
* Paras kolesterol tinggi
* Merokok
* Berat badan yang berlebihan
* Cara hidup tidak aktif (sedentari)
* Tekanan/stress
* Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
* Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?
Bila anda mengalami salah satu atau lebih
gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau
pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.
Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda
alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor
akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar
bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
* Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
* Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
* Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
* Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
* Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
* Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
* Sukar menelan
Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?
Terdapat 2 jenis strok/angin ahmar utama:
* Thrombotic/ischaemic stroke
o Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.
* Haemorrhagic stroke
o Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah
Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :
* Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang telah rosak
* Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
* Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
* Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi
secepat mungkin seperti senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan
pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
* Nasihat amalan pemakanan sihat
Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar?
Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :
* Kawal tekanan darah
* Kawal tahap Kolesterol
* Kawal penyakit Diabetes
* Amalkan cara pemakanan sihat
* Berhenti merokok
* Kerap bersenam
* Menangani tekanan mental
* Kurangkan pengambilan minuman keras
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar
Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah
diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya
yang teruk dan mungkin kekal.
Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi
dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana
ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas
Kesihatan akan dapat membantu dalam hal-hal seperti:
* Jurupulih Pertuturan
o membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap kebolehan menelan
* Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
o mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar
kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan
pergerakan mengikut keupayaan pesakit strok/angin ahmar
* Jurupulih Perubatan (Anggota)
o mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan
Dimanakah kumpulan sokongan pesakit strok/angin ahmar boleh diperolehi?
* Nasam - National Stroke Association of Malaysia
No comments:
Post a Comment